Thursday 24 March 2011

PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, DALAM NEGERI DAN DALAM DAERAH JUN 2011.

PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, DALAM NEGERI
DAN DALAM DAERAH JUN 2011.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri /
Bahagian dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) bagi Pertukaran Jun
2011 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011. Pemohon boleh
mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti
berikut :-
i. http://www.moe.gov.my atau
ii. http://apps.moe.gov.my/epgo

3. Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA 29, DG 41, DGA
32 (KUP time base), DG 44 (KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) sahaja serta
mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran.

4. Oleh sebab permohonan pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam
daerah adalah sepenuhnya secara on-line. Dipohon Pengetua / Guru Besar / Pentadbir
Sekolah memaklumkan kepada semua guru sekolah supaya mengemaskini maklumat
mereka melalui laman web e-Operasi (http://apps.moe.gov.my/eoperasi) mulai 1 hingga
27 Mac 2011.


No comments:

Post a Comment