Tuesday 28 February 2012

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)2012

Ucapan jutaan terima kasih daripada Warga SMK Seri Nibong kepada AJK PIBG Tahun 2011 yang telah berkhidmat dengan jayanya dalam beberapa aktiviti sepanjang tahun 2011.
Segala usaha dan kerjasama semua AJK tahun 2011 diharapkan akan memberi dorongan yang jitu kepada kesinambungan AJK 2012 yang akan bergerak maju, dalam menjayakan beberapa aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2012 ini.
Juga ucapan tahniah kepada AJK baru yang telah dilantik bagi menerajui Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Seri Nibong bagi tahun 2012/2013.
  
 
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)2012

YDP                              : En. Osman bin Kassim
NYDP                           : Prof Dr. Manimaran a/l Ratnam
Setiausaha                  : Cik Sopiah binti Said
Pen. Setiausaha         : Tn. Hj Ahmad bin Bakar
Bendahari                   : Pn. Nurul Aidylla binti Yaacob

AJK Waris
1. Pn. Faridah binti Md Isa
2. Pn. Vasonda a/p Nadasen
3. En. Mohamad Shafiee bin Mohamad
4. En. Mohammad bin Md Yusof
5. En. Kalidas a/l Ramasamy
6. En Mohamad Fuad bin Hamid

AJK Guru
1. En. Shukri bin Che Yunus
2. En  Mohamad Norhisham bin Abd Wahab
3. Pn. Fadliza binti Mohd Fadzil

Juru Audit Waris: En. Megat Mosby bin Megat Musa
Juru Audit Guru :  Akan dilantik kemudian.

Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM)

Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM)
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik.  SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru di samping bertindak sebagai panduan dan rujukan kepada guru dalam usaha untuk mahirkan dan melestarikan guru berkualiti. 
Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memaklumkan semula kepada semua warga pendidik di bawah jabatan dan kawalan tuan/puan untuk menjawab item-item tersebut seperti mana surat siaran KPPM-KP(BPG) 95777/600/164(01) sehingga 31 Mac 2012.  Maklumat dan instrument SGM dalam talian boleh dicapai menerusi URL : http://apps.moe.gov.my/sgm.

Sekian, terima kasih.

Monday 19 December 2011

Selamat Datang


Warga SMK Seri Nibong mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn. Manisah Binti Ahmad (Pengetua Cemerlang) dari SMK Alma Bukit Mertajam dan kini akan berkhidmat sebagai Pengetua Cemerlang di SMK Seri Nibong mulai 1.12.2011.

Sunday 13 November 2011

Selamat Bertukar

Tn. Hj. Abdul Rahman bin Mat Ali, Pengetua SMK Seri Nibong bertukar ke SMK Mutiara Impian mulai 1 November 2011.
Diucapkan selamat bertukar dan selamat menjalankan tugas di tempat baru kepada Tuan Haji.


Wednesday 26 October 2011

Sistem Pengurusan Latihan Guru- LADAP On-line

Harap maklum... 

S/U LDP Sekolah diminta bersedia bahawa tarikh 30 Disember 2011 adalah tarikh terakhir pengisian data LADAP secara on-line. Diharap dapat melakukan pengisian data sebelum talian menjadi sesak.

Talian SPLG boleh dicapai melalui alamat ini apps.moe.gov.my/abpg/splg @
didik.my/splg/ dan hanya boleh dilayari melalui Mozilla Firefox.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diikuti ketika pendaftaran kursus :
1. Klik Senarai Kursus Daftar dan isikan maklumat.
2. Klik kemaskini untuk menentukan status kursus 'dilaksana'
3. Klik Nama Kursus untuk tentukan peserta dan bilangan peserta.
4. Medan baru iaitu penceramah @ fasilitator untuk tentukan nama penceramah atau fasilitator.

Diharap dapat berhubung dengan Guru Data untuk maklumat lanjut. Kerjasama amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday 25 October 2011

Penilaian Kendiri

Mohon kerjasama semua guru SMKSN supaya mengisi borang Penilaian Kendiri format SKPM seperti dalam edaran email masing-masing.

Pengetua SMKSN

Tuesday 26 April 2011

Selamat Bertukar

Ucapan tahniah di atas kenaikan pangkat kepada En. Mahazer Hj. Dahari yang akan bertugas sebagai PK HEM di SMK Tun Syed Sheh Barakbah. Pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada beliau yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai PK KoKurikulum di SMK Seri Nibong dari Ogos 2005 hingga April 2011.