Tuesday 28 February 2012

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)2012

Ucapan jutaan terima kasih daripada Warga SMK Seri Nibong kepada AJK PIBG Tahun 2011 yang telah berkhidmat dengan jayanya dalam beberapa aktiviti sepanjang tahun 2011.
Segala usaha dan kerjasama semua AJK tahun 2011 diharapkan akan memberi dorongan yang jitu kepada kesinambungan AJK 2012 yang akan bergerak maju, dalam menjayakan beberapa aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2012 ini.
Juga ucapan tahniah kepada AJK baru yang telah dilantik bagi menerajui Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Seri Nibong bagi tahun 2012/2013.
  
 
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)2012

YDP                              : En. Osman bin Kassim
NYDP                           : Prof Dr. Manimaran a/l Ratnam
Setiausaha                  : Cik Sopiah binti Said
Pen. Setiausaha         : Tn. Hj Ahmad bin Bakar
Bendahari                   : Pn. Nurul Aidylla binti Yaacob

AJK Waris
1. Pn. Faridah binti Md Isa
2. Pn. Vasonda a/p Nadasen
3. En. Mohamad Shafiee bin Mohamad
4. En. Mohammad bin Md Yusof
5. En. Kalidas a/l Ramasamy
6. En Mohamad Fuad bin Hamid

AJK Guru
1. En. Shukri bin Che Yunus
2. En  Mohamad Norhisham bin Abd Wahab
3. Pn. Fadliza binti Mohd Fadzil

Juru Audit Waris: En. Megat Mosby bin Megat Musa
Juru Audit Guru :  Akan dilantik kemudian.

Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM)

Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM)
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik.  SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru di samping bertindak sebagai panduan dan rujukan kepada guru dalam usaha untuk mahirkan dan melestarikan guru berkualiti. 
Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memaklumkan semula kepada semua warga pendidik di bawah jabatan dan kawalan tuan/puan untuk menjawab item-item tersebut seperti mana surat siaran KPPM-KP(BPG) 95777/600/164(01) sehingga 31 Mac 2012.  Maklumat dan instrument SGM dalam talian boleh dicapai menerusi URL : http://apps.moe.gov.my/sgm.

Sekian, terima kasih.