Sunday 27 March 2011

Maklumat Profil Perkhidmatan Dalam HRMIS

Maklumat Profil Perkhidmatan Dalam HRMIS

Semua pemilik kompetensi dinasihatkan menyemak profil perkhidmatan masing-masing dalam HRMIS bagi memastikan maklumat adalah betul dan kemas kini. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia perlulah dimaklumkan untuk sebarang pengemaskinian, jika ada. Pautan :
http://hrmis.eghrmis.gov.my/myhrmis/Default.aspx

Laman HRMIS sesuai dilayari dengan menggunakan perisian Internet Explorer Versi 7 dan ke atas atau mana - mana perisian pelayar web yang setara dengannya.

Pelayar laman web mestilah menyokong penggunaan JavaScript, Cascading Style Sheet, warna, format teks dan fungsi - fungsi asas yang lain.
Sila gunakan resolusi 1024 x 768 piksel untuk mendapat paparan yang terbaik.

PERINGATAN:

Jangan dedahkan 'ID PENGUNA' dan 'KATA LALUAN' anda kepada sesiapa termasuk kakitangan kerajaan yang lain. Lupa Kata Laluan? Sila hubungi Pentadbir Sistem di agensi kerajaan masing-masing untuk mendapatkan Kata Laluan.

Thursday 24 March 2011

PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, DALAM NEGERI DAN DALAM DAERAH JUN 2011.

PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, DALAM NEGERI
DAN DALAM DAERAH JUN 2011.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri /
Bahagian dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) bagi Pertukaran Jun
2011 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011. Pemohon boleh
mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti
berikut :-
i. http://www.moe.gov.my atau
ii. http://apps.moe.gov.my/epgo

3. Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA 29, DG 41, DGA
32 (KUP time base), DG 44 (KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) sahaja serta
mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran.

4. Oleh sebab permohonan pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam
daerah adalah sepenuhnya secara on-line. Dipohon Pengetua / Guru Besar / Pentadbir
Sekolah memaklumkan kepada semua guru sekolah supaya mengemaskini maklumat
mereka melalui laman web e-Operasi (http://apps.moe.gov.my/eoperasi) mulai 1 hingga
27 Mac 2011.


Tuesday 22 March 2011

Pelaksanaan Kursus Literasi ICT Dalam P&P Secara Atas Talian (Online)

KURSUS INTEGRASI ICT DALAM P& P SECARA ONLINE KEPADA GURU-GURU


Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah merancang pelaksanaan
Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara atas talian.


Arahan kepada peserta kursus LDP secara atas talian :

1. Sila isikan borang pendaftaran kursus.
2. Mulakan kursus atas talian.
3. Tamat kursus
4. Email Pelan Pengajaran yang dihasilkan dan maklumat peserta ke: uppg.bpg@gmail.com .

# Sijil akan dihantar selepas BPG mendapat Pelan Pengajaran yang dihasilkan oleh peserta #

Untuk mendaftar kursus atas talian ini guru-guru boleh klik pautan ini : http://apps.moe.gov.my/bpg


Monday 21 March 2011

Keputusan SPM 2010



Assalamualaikum  / Salam Sejahtera...

Semua calon peperiksaan SPM 2010 boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan pada 23.3.2011(Rabu) mulai jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari di Dewan Utama sekolah. 

Diminta berpakaian kemas seperti bekas pelajar SMK Seri Nibong. Bagi yang tidak sempat hadir seperti waktu yang ditetapkan, mereka boleh mendapatkan slip keputusan itu di pejabat sekolah mengikut waktu pejabat.

Juga dimaklumkan terlebih dahulu bahawa para pengguna telefon bimbit, boleh menyemak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 anda melalui SMS, buat julung kalinya perkhidmatan ini ditawarkan, untuk menggunakan perkhidmatan ini, sila taipkan 
SPM SEMAK [no KP] [angka giliran] dan hantarkan ke 15888Contoh : SPM SEMAK 900104086077 BC001A040 dan hantarkan ke 15888

* Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. 

Pengetua.